Semasa penderma datang untuk menderma :
- Penderma perlu mengisi borang/kad pendaftaran pendermaan darah.
- Menimbang berat badan
- Menjalani ujian darah bagi mengenalpasti kumpulan darah dan kandungan hemoglobin darah.
- Menjalani sesi kaunseling dengan Pegawai Perubatan / Jururawat.
- Pendaftaran dan penderma diberikan buku penderma darah.
- Seterusnya, proses menderma darah yang mengambil masa di antara 7 - 15 minit.
- Jarum yang telah disambung kepada beg darah 450ml akan dicucuk pada salur vena (vein), kebiasaannya di bahagian cubital fossa (bahagian hadapan siku kita). Jarumnya agak besar, supaya darah cepat memenuhi beg bagi menjimatkan masa. Namun, jangan risau, kerana kita akan diberikan suntikan bius (local anaesthetic) terlebih dahulu. Jadi, kita tidak akan merasa sakit ketika jarum yang agak besar itu dimasukkan. Cuma sakit sedikit sahaja sewaktu suntikan bius diberikan.
- Selepas selesai pendermaan dan jarum dikeluarkan, penderma perlu berehat sekurang-kurangnya 10 minit sebelum bangun.
- Penderma akan dihidangkan dengan makanan / minuman ringan
Gambarajah 2 menunjukkan cara melakukan plebotomy.
Kriteria Penderma :
- Berumur di antara 18 hingga 60 tahun (jika berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis ibubapa/penjaga)
- Berat badan melebihi 45 kg.
- Sihat fizikal dan mental serta tiada masalah kesihatan yang kronik.
- Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan tidak mengambil minuman beralkohol dalam jangka waktu terdekat sebelum hari pendermaan.
- Tidak berpuasa dan telah mendapat tidur yang cukup (lebih 5 jam) sebelum menderma darah.
- Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun (bagi bukan warganegara Malaysia) Berumur tidak melebihi 55 tahun.
No comments:
Post a Comment