Monday, 24 November 2014

Apa itu WHOLE BLOOD

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Whole Blood mengandungi kesemua komponen darah seperti SDM dan kandungan plasma yang lengkap. Whole Blood merupakan darah lengkap yang tidak dilakukan sebarang proses pengasingan semasa pengambilan dan pemprosesan sampel.

Gambarajah 1 menunjukkan sampel Whole Blood.





Cara untuk menyediakan Whole Blood

Semasa penderma datang untuk menderma :
  1. Penderma perlu mengisi borang/kad pendaftaran pendermaan darah.
  2. Menimbang berat badan
  3. Menjalani ujian darah bagi mengenalpasti kumpulan darah dan kandungan hemoglobin darah.
  4. Menjalani sesi kaunseling dengan Pegawai Perubatan / Jururawat.
  5. Pendaftaran dan penderma diberikan buku penderma darah.
  6. Seterusnya, proses menderma darah yang mengambil masa di antara 7 - 15 minit.
  7. Jarum yang telah disambung kepada beg darah 450ml akan dicucuk pada salur vena (vein), kebiasaannya di bahagian cubital fossa (bahagian hadapan siku kita). Jarumnya agak besar, supaya darah cepat memenuhi beg bagi menjimatkan masa. Namun, jangan risau, kerana kita akan diberikan suntikan bius (local anaesthetic) terlebih dahulu. Jadi, kita tidak akan merasa sakit ketika jarum yang agak besar itu dimasukkan. Cuma sakit sedikit sahaja sewaktu suntikan bius diberikan.
  8. Selepas selesai pendermaan dan jarum dikeluarkan, penderma perlu berehat sekurang-kurangnya 10 minit sebelum bangun.
  9. Penderma akan dihidangkan dengan makanan / minuman ringan


Gambarajah 2 menunjukkan cara melakukan plebotomy.
Kriteria Penderma :

  • Berumur di antara 18 hingga 60 tahun (jika berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis ibubapa/penjaga)
  • Berat badan melebihi 45 kg.
  • Sihat fizikal dan mental serta tiada masalah kesihatan yang kronik.
  • Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan tidak mengambil minuman beralkohol dalam jangka waktu terdekat sebelum hari pendermaan.
  • Tidak berpuasa dan telah mendapat tidur yang cukup (lebih 5 jam) sebelum menderma darah.
  • Menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun (bagi bukan warganegara Malaysia) Berumur tidak melebihi 55 tahun.




Fungsi Whole Blood

  • Whole Blood berfungsi untuk meningkatkan kapasiti pengangkutan oksigen pesakit dengan meningkatkan jumlah sel darah kepada pesakit.
  • Whole Blood juga di transfusikan kepada pesakit yang mengalami pendarahan dan kekurangan darah ini.

Gambarajah 3 menunjukkan komponen Whole Blood.


Bagaimana cara penyimpanannya?

Whole Blood biasanya disimpan dalam keadaan yang sama seperti SDM dan boleh disimpan sehingga 35 hari jika dikumpulkan dengan CPDA-1  atau 21 hari dengan penyimpanan yang biasa, lain seperti CPD.Darah yang didermakan yang tidak menjalani proses pengasingan.
Gambarajah 4 menunjukkan tempat penyimpanan darah yang siap diproses.


Friday, 21 November 2014

Dos dan administrasi Whole Blood

  1. Setiap unit Whole Blood mengandungi Hb yang mencukupi untuk meningkatkan kepekatan Hb dalam seorang dewasa kira - kira 1g/dL (hematokrit sebanyak 3%)
  2.  Antara komponen yang hendak didermakan mestilah sama dengan darah pesakit iaitu kumpulan ABO
  3. Darah penuh yang hendak ditranfusi mestilah identical dengan pesakit contoh pesakit berdarah jenis A dan penderma jenis A. Manakala SDM padat yang telah dikurangkan plasmanya tidak semestinya identical tapi mesti serasi contoh pesakit berdarah jenis AB dan penderma jenis A.
  4. Ujian kumpulan ABO / Rh , Penyaringan Antibodi dan Ujian Keserasian perlu dilakukan pada setiap transfusi .Whole Blood berada dalam suhu bilik lebih daripada 4 jam boleh merosakkannya.

Thursday, 20 November 2014

Apakah keburukkannya?

  1. Reaksi transfusi hemolitik (HTR)
  2. Alloimunisasi
  3. 'Circulartory Overload'
  4. 'Iron Overload'
  5. Hemolisis bukan imunologik

Gambarajah 5 menunjukkan simptom HTR


Sumber rujukan 

    1.  Christopher D. Hillyer; Beth H. Shaz; James C. Zimring; Thomas C. Abshire (17 June 2009).  Elsevier. pp. 45–. ISBN 978-0-12-374432-6. Retrieved 16 November 2010.
    2. http://en.wikipedia.org/wiki/Whole_blood#cite_ref-HillyerShaz2009_1-0